Wednesday, July 23rd, 2014
Terbaru
Home » Pengetahuan » JENIS-JENIS DAN KEGUNAAN BATU-BATA

JENIS-JENIS DAN KEGUNAAN BATU-BATA

JENIS-JENIS DAN KEGUNAAN BATU-BATA

Flexmedia – Dalam pembinaan sebuah bangunan, antara bahan yang terpenting adalah batu-bata. Terdapat pelbagai jenis batu-bata dan setiap jenis mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Oleh sebab itu,  adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis bata yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan di Malaysia dan ciri-ciri am yang terkandung didalamnya.

    facing bricks
Istilah facing digunakan kerana batu-bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan permukaan  batu-bata yang menarik

Batu -bata ini mesti berkeadaan teguh,keras dan tahan dimana bahan kandungan cara pembakaran dijaga dengan baik dalam proses pembuatannya. Batu bata ini dibuat dengan cara tekanan mesin dan tangan.

general building bricks
Juga dikenali sebagai bata biasa (common bricks). Bata jenis perlu dilepa dibahagian luar atau dalam bangunan, kemudiannya dibuat kerja kecantikkan dengan teknik yang lain seperti rough cast,tiling dan lain lain.

Juga digunakan untuk kerja-kerja bawah aras tanah seperti tapak asas.Bata jenis ini lebih murah dari bata facing dan ianya mestilah keras,teguh dan tahan. Batu-bata ini diperbuat dengan cara potong dawai.

   engineering bricks
Dibuat dengan kaedah tekanan mesin atau potong dawai melalui proses ‘stiff  plastic’.
Digunakan pada kawasan-kawasan yang lembab, kawasan yang mempunyai bebanan atau gegaran dan juga kawasan dimana terdapat pengaliran haba yang tinggi.
Berkeupayaan menahan tekanan 272 kg-408 kg pada mm persegi.
Ianya dibuat khas untuk mendapatkan kekuatan daya tekanan dan menahan resapan air seperti pembinaan jambatan,terowong,tiang yang menerima bebanan yang berat,jalan,garden path,lapisan kalis lembab,coping,tangga dan sesuai untuk pembinaan dibawah aras tanah. Beratnya antara 3.6 kg hingga 4.5 kg

  fire bricks
Dibuat dengan tekanan atau hentakan mesin.Bahannya dari tanah liat refractory. Mempunyai suhu tekanan yang tinggi,kelembapan,api gas pembakaran dan bebanan.

Berwarna kekuningan.Digunakan pada pembakaran,tempat asap dan lain-lain tempatan berkaitan.Cara menerap  bata ini dengan mencelup kedalam motar khas atau melepa sambungan sehabis nipis.Beratnya antara 3.2 kg hingga 3.6 kg.

  glazed bricks
Diperbuat dengan cara tekanan dengan mesin dari motar refractory untuk menjadikan keras dan kuat. Disadurkan dengan lapisan glazed yang nipis dikenali sebagai china glazed.

Digunakan pada pembinaan yang menitikberatkan kecantikan seperti hospital, janakuasa ,tandas dan semua jenis pembinaan penyaluran najis dan air  kotor.Bata ini  boleh dibuat dalam berbagai-bagai warna menarik.

red bricks
Kebanyakkan pembuat batu-bata meletakkannya pada kelas-kelas dengan jenis warna seperti  merah  cerah, merah tua atau lain-lain warna merah. Batu ini biasanya dibuat dengan tangan.

Beratnya antara 2.6 kg hingga 3.2 kg.

  insulating bricks
Diperbuat dari tanah liat  khas dikenali sebagai ‘Diatomaceaus silica’. Apabila telah siap diproses dan dibakar ia akan tahan dari penyerapan panas. Beratnya 0.9 kg  hingga 1.4kg.

Bata ini digunakan untuk pembinaan tempat pembakaran ,oven dan sebagai dinding luar yang menahan suhu panas. Menerap bata ini memerlukan motar khas.Ianya dibuat secara tekanan mesin.

sand-lime bricks

Bata ini dibuat daripada bancuhan 90% pasir dan 10% kapur, dibancuh agak pekat,dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan tangan.Bata ini tidak dibakar, diletakkan pada suhu panas atau dijemur selama 6 jam hingga 8 jam.Kekuatan bata  ini ialah 68 kg pada 25.4 mm persegi.

cement bricks
Dibuat dari bancuhan 1 sukatan simen dan 6 hingga 8 sukatan pasir Dibancuh separuh kering.Bancuhan ini dimasukkan kedalam acuan dan diberi tekanan mesin atau tangan.

Dikeringkan perlahan-lahan dengan cara dijemur pada cahaya matahari selama kira-kira 2 minggu.

 

Post Terkait :

About Azis Hermawan

close
Facebook Iconfacebook like buttonTwitter Icontwitter follow button